Kelas Fast Typing Sempena Kemerdekaan ke-61
18 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos yang lalu telah diadakan kelas Fast Typing bersama Pelajar Sekolah Menengah di Pusat Internet PPR Kg Muhibbah. Kelas tersebut diadakan selama 2 jam bermula pada 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang dilakukan seperti ice breaking. Pertandingan fast typing dan nyayian lagu kenegaraan bersempena Kemerdekaan yang ke-61
Kelas Fast typing adalah sebagai latihan awal kepada para pelajar untuk mahir menggunakan komputer. Latihan fast typing dilakukan secara online dan secara automatik akan dapat mengetahui peratusan kepantasan peserta yang melakukan ujian tersebut. Skrip latihan menaip adalah bertemakan tarikh kemerdekaan dan sejarah mengenainya. Secara tidak langsung selain dapat memahirkan pelajar menggunakan komputer dan internet, pelajar juga akan mengetahui sejarah kemerdekaan melalui skrip menaip yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: